Tuesday, May 19, 2009

Sejarah sekolah




Mountbatten School dibuka pada 1960 & Guru Besar pertama ialah Mr M.A Hopkins Clarke dan ditadbir oleh Kerajaan Commonwealth

20 Mac 1970 ditukar nama kepada SRK K. Terendak dan diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaaan Malaysia pada 27 Mac 1970 dengan bil. guru 11 orang dan murid 337 orang. 8 Jun 1971, PIBG ditubuhkan dan 17 Julai 1971, Temasya Sukan Tahunan kali pertama diadakan. 9 Oct. 1971, Hari Penyampaian Hadiah pertama diadakan. Majalah BAKTI pertama diterbitkan pada 3 Nov 1971. 5 Nov 1971, Hari Terbuka pertama diadakan.
Oleh kerana kepadatan murid dalam setiap kelas persekolahan dua sesi terpaksa diadakan. 1996 sekolah baru siap dibina dan digunakan dan SRK K. Terendak ditukar ke SK Kem Terendak 1. Kini, murid seramai 1264 orang, guru 72 orang 6 orang pekerja sekolah, 5 orang pekerja swasta, dan 2 orang pengawal keselamatan (swasta)
Guru Besar yang telah berkhidmat sejak diawal Pentadbiran Kerajaan Malaysia ialah
· Encik Kamaruddin Bin Zaman 1970-1988
· Tuan Hj. Mohamad Bin Ibrahim 1980-1990
· Tuan Hj.Kamaruddin Bin Jantan 1991-1992
· Pn. Habibah Bt Busu 1992-2004
· En. Md Yusof Bin Baba 2004 hingga kini
Hari ini SK Kem Terendak 1 masih kekal dengan 2 pentadbiran iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

Salam. Saya bersekolah di sekolah ini bermula pada tahun 1971 (1 Hijau) hingga tahun 1976 (6A). Sedikit pembetulan, nama sekolah bermula pada 1970 hingga saya habis belajar pada 1976 ialah Sekolah Rendah kem Terendak (SRKT) dan bukannya SRK Kem Terendak. Mohon maklum.

Unknown said...

Sama kelas kita...1 hijau tahun 1971...
Tapi saya cuma hingga darjah 2..kemudian ke kem Kuantan
🙂

Post a Comment