Tuesday, May 19, 2009

Profil Sekolah





Sekolah Kebangsaan Kem Terendak adalah sekolah rendah yang terletak di dalam Kem Terendak, kira-kira 25 km. dari Bandar Melaka. Ia adalah sekolah yang ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan pendidikan untuk anak-anak anggota tentera di Kem Terendak dan mempunyai sejarah yang berkait dengan sejarah angkatan tentera di Melaka.

Sekolah ini ditadbir bersama oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan. Semua murid-murid sekolah terdiri daripada anak-anak anggota tentera dari seluruh negara. Bilangan murid pada masa sekarang adalah 1077 orang. Staf sekolah pula terdiri daripada 57 orang guru dan 6 orang kakitangan sekolah.


Sekolah ini antara 25 buah sekolah yang terpilih untuk menjayakan Program GITN Sdn. Bhd. Technogogy Learning (GTL) in Schools atau lebih dikenali sebagai Program ini boleh ditafsirkan sebagai aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan kaedah dan teknik penyampaian ilmu berteraskan penggunaan disiplin-disiplin teknologi ICT. Di dalam program ini, kesemua 25 buah sekolah terpilih akan dilengkapkan dengan peralatan ICT, ditingkatkan lebarjalur talian SchoolNet di samping mendapatkan bantuan dan insentif. Tidak ketinggalan juga latihan-latihan kepada guru, kakitangan dan pelajar terpilih juga akan diberikan. "Program GTL Schools".

0 comments:

Post a Comment