Tuesday, May 19, 2009

Kursus Zoom-a Sk Ayer Molek


Tarikh : 25 April 2009

Hari : Sabtu

Masa : 8.30 am – 4.00 pm

Nama Program : Kursus Zoom-A guru-guru di SK Ayer Molek.

Kehadiran Peserta : 50

Objektif

  1. Pengenalan kepada guru-guru tentang aplikasi di dalam zoom-a oleh En Tarmugi penceramah dari JPN.

  1. Guru-guru diajar cara mengemaskini laman web sekolah.

  1. Guru-guru diajar cara mengemaskini account zoom-a guru dan murid.

  1. Guru-guru mempelajari cara mengendalikan soalan dan ujian di dalam zoom-a.

  1. Memperkayakan budaya ict di sekolah selaras dengan sekolah sebagai katalis pusat informasi & rangkaian info sekolah persekitaran.

v Kursus ini dikendalikan oleh En Tarmugi dari JPN dan pgs dari GITN En Ismail dan En Kamal.

v Kursus ini di hadiri oleh guru-guru dan kakitangan SK Ayer Molek, Melaka

v Kursus ini diadakan pada hari Sabtu 25April 2009 dari 8.30 pg-4.00 petang.

v Secara keseluruhan kursus ini berjalan lancar dengan kerjasama dari guru-guru dari SK Ayer Molek.


gambar




Program zoom-a darjah 5

Tarikh : 16 March 2009-18 March 2009
Hari : Isnin Hingga Rabu
Masa : 9.30 pagi hingga 11.00 pagi
Nama Program : Program Latih-tubi UPSR
Kehadiran Peserta : 30







Objektif

1. Memberi penekanan dan latih-tubi soalan UPSR sebenar kepada murid tahap 5.

2. Memberi pendedahan kepada murid-murid dlm menjawab soalan secara "online".

3. Mengisi masa terluang di musim cuti sekolah di samping menjana ilmu.

4. Penggunaan internet dan komputer sebagai enabler dalam pengajaran dan pembelajaran..



 Program ini di hadiri oleh murid-murid darjah 5 dan fokus diberi kepada murid yg cemerlang.
 Program ini diadakan pada hari Isnin hingga Rabu dari jam 9.30pg hingga 11.00pg.
 Murid-murid berpeluang menggunakan account zoom-A yang telah didaftarkan.
 16 March – 18 March 2009 murid-murid diberikan ujian klon UPSR menggunakan zoom-A. Subjek-subjek yang diberi penekanan Matematik, BI, BM.
 Secara keseluruhan program ini berjalan lancar dengan kerjasama dari murid-murid.


Aktiviti sekolah

Aktiviti-aktiviti Program GTL yang telah dilaksanakan di Sekolah Keb. Kem Terendak 1 adalah seperti berikut

a)LATIHAN MAHIR INTERNET (GURU)

  • pengenalan kepada dunia cyber kepada guru-guru diadakan pada 26 Mac 2008.
  • aktiviti: mendaftar e-mail dan cara-cara ‘browse’ /mencari bahan ilmiah di Internet

b) LATIHAN MAHIR INTERNET(MURID)

  • pen gen alan kepada zoom-a kepada murid-murid diadakan pada 27 Mac 2008
  • aktiviti: membuat lati han secar a di dalam talian.

c) KENAL DAN TAHU

  • pengenalan penggunaan dan pemasangan LCD di makmal Komputer.
  • diadakan pada 17 Apr 2008.

d) ICT DAN TADBIR

  • Penerangan pengurusan markah menggunakan MS Excel dan tunjuk ajar mengenai penggunaan ‘Mail Merge’ dengan menggunakan MS Word.
  • diadakan pada 8 Mei 2008
  • aktiviti: menyediakan templet markah dan templet sijil

e) LITTERASI KOMPUTER

  • membantu guru-guru ICTL mengajar murid-murid
  • dimulai dari 26 Mac 2008 sehingga kini.
  • aktiviti: murid diminta menyediakan bahan-bahan yg dipelajari

f) PENGHASILAN BAHAN INTERAKTIF P&P (MS PowerPoint)

  • membantu guru-guru ICTL mengajar murid-murid
  • aktiviti: murid diminta menyediakan bahan-bahan yg dipelajari

g) LATIHAN MEMANFAATKAN KEMUDAHAN SCHOOLNET DIDALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BAWAH PROJEK PERKHIDMATAN NAIK TARAF LEBAR JALUR SCHOOLNET

  • pengenalan kepada zoom-a kepada guru-guru.
  • aktiviti: cara mengunakan zoom-a untuk kegunaan p&p.
  • diadakan pada 28 Jun 2008 dan 12 Julai 2008.

h)JIRAN IT

  • makmal sekolah digunakan oleh PPD Alor Gajah bagi mengemas kini data sistem maklumat murid bagi sekolah-sekolah daerah Alor Gajah
  • diadakan pada 29 Ogos 2008.

i)MENGARANG SAJAK MENGUNAKAN MS WORD

  • pengisian program lepasan murid-murid UPSR
  • diadakan pada 18 Sept 2008.
  • murid-murid dibahagi kepada beberapa kumpulan dan diberi masa selama satu jam untuk menaip dan menghantar ke guru. Semua bahan dikumpul secara softcopy.

J)PROGRAM LATIH TUBI UPSR MENGGUNAKAN ZOOM-A

  • fokus kepada murid-murid darjah 5 yg cemerlang
  • diadakan pd 16-18 March 2009 musim cuti sekolah
  • pengenalan zoom-A dan webmail
  • menjawab soalan topikal, ujian dan klon.

K)KURSUS ZOOM-A BERSAMA JPN UNTUK GURU-GURU

  • Kursus ini dikendalikan oleh En Tarmugi dari JPN dan pgs dari GITN En Ismail dan En Kamal.
  • Kursus ini dihadiri oleh guru-guru dan kakitangan SKAyer Molek, Melaka.
  • Guru-guru mempelajari cara mengendalikan soalan dan ujian di dalam zoom-a.
  • Guru-guru diajar cara mengemaskini account zoom-a guru dan murid.

Misi dan Visi












Visi Sekolah
Menyediakan murid-murid yang berkemahiran tinggi dan berpandangan luas
serta mempunyai nilai-nilai diri yang mulia
secara konsistan seterusnya membolehkan sekolah mempunyai
tradisi kecemerlangan sebagai salah sebuah
institusi pendidikan negara yang banyak mengeluarkan
tokoh-tokoh pelbagai bidang.
Misi Sekolah
Menyediakan pendidikan
yang sempurna dan berkesan keseluruhannya
kepada anak-anak warga Kem Terendak

Pencapaian

Pencapaian Semasa

1) Akademik - Pencapaian Kecemerlangan UPSR

TAHUN
CALON
BIL. MURID LULUS
% LULUS ABC
BIL. MURID 5A
2002
111
87
78.4%
5
2003
112
86
76.8%
10
2004
106
87
82.1%
11
2005
113
84
74.3%
7
2006
131
87
66.4%
16
2007
144
81
56.3%
11
2008
178
115
64.6%
18

Seperti yang dapat dilihat dari jadual di atas, terdapat penigkatan dari tahun demi tahun di Sekolah SK Kem Terendak 1, Melaka

Sejarah sekolah




Mountbatten School dibuka pada 1960 & Guru Besar pertama ialah Mr M.A Hopkins Clarke dan ditadbir oleh Kerajaan Commonwealth

20 Mac 1970 ditukar nama kepada SRK K. Terendak dan diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaaan Malaysia pada 27 Mac 1970 dengan bil. guru 11 orang dan murid 337 orang. 8 Jun 1971, PIBG ditubuhkan dan 17 Julai 1971, Temasya Sukan Tahunan kali pertama diadakan. 9 Oct. 1971, Hari Penyampaian Hadiah pertama diadakan. Majalah BAKTI pertama diterbitkan pada 3 Nov 1971. 5 Nov 1971, Hari Terbuka pertama diadakan.
Oleh kerana kepadatan murid dalam setiap kelas persekolahan dua sesi terpaksa diadakan. 1996 sekolah baru siap dibina dan digunakan dan SRK K. Terendak ditukar ke SK Kem Terendak 1. Kini, murid seramai 1264 orang, guru 72 orang 6 orang pekerja sekolah, 5 orang pekerja swasta, dan 2 orang pengawal keselamatan (swasta)
Guru Besar yang telah berkhidmat sejak diawal Pentadbiran Kerajaan Malaysia ialah
· Encik Kamaruddin Bin Zaman 1970-1988
· Tuan Hj. Mohamad Bin Ibrahim 1980-1990
· Tuan Hj.Kamaruddin Bin Jantan 1991-1992
· Pn. Habibah Bt Busu 1992-2004
· En. Md Yusof Bin Baba 2004 hingga kini
Hari ini SK Kem Terendak 1 masih kekal dengan 2 pentadbiran iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Profil Sekolah





Sekolah Kebangsaan Kem Terendak adalah sekolah rendah yang terletak di dalam Kem Terendak, kira-kira 25 km. dari Bandar Melaka. Ia adalah sekolah yang ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan pendidikan untuk anak-anak anggota tentera di Kem Terendak dan mempunyai sejarah yang berkait dengan sejarah angkatan tentera di Melaka.

Sekolah ini ditadbir bersama oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan. Semua murid-murid sekolah terdiri daripada anak-anak anggota tentera dari seluruh negara. Bilangan murid pada masa sekarang adalah 1077 orang. Staf sekolah pula terdiri daripada 57 orang guru dan 6 orang kakitangan sekolah.


Sekolah ini antara 25 buah sekolah yang terpilih untuk menjayakan Program GITN Sdn. Bhd. Technogogy Learning (GTL) in Schools atau lebih dikenali sebagai Program ini boleh ditafsirkan sebagai aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan kaedah dan teknik penyampaian ilmu berteraskan penggunaan disiplin-disiplin teknologi ICT. Di dalam program ini, kesemua 25 buah sekolah terpilih akan dilengkapkan dengan peralatan ICT, ditingkatkan lebarjalur talian SchoolNet di samping mendapatkan bantuan dan insentif. Tidak ketinggalan juga latihan-latihan kepada guru, kakitangan dan pelajar terpilih juga akan diberikan. "Program GTL Schools".